fbpx

63,895 murid, pelajar di Sabah mulakan sesi persekolahan secara PDPR hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Mistirine Radin

KOTA KINABALU – Seramai 63,895 murid dan pelajar baharu di Sabah memulakan sesi persekolahan 2021 secara pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PDPR) hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Dr. Mistirine Radin, berkata 36,174 orang adalah murid tahun satu, 27,401 orang pelajar tingkatan satu dan 320 orang adalah pelajar peralihan.

“Selain itu, seramai 51,294 pelajar pula akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.

“Mereka terdiri dari 33,503 pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 manakala 9,380 orang ialah pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester Satu 2021. Selebihnya iaitu seramai 8,411 orang adalah pelajar STPM Semester Tiga 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 22 sekolah di Sabah masih terjejas akibat banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir sejak beberapa hari lalu.

“Jumlah paling banyak ialah di Beaufort, iaitu 13 sekolah, diikuti Kota Belud sebanyak enam sekolah dan masing-masing satu sekolah di Beluran serta Tuaran.

“Dalam pada itu, sekolah yang terjejas di Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak, SK Suasa, SK Garama, SK Bukau, SK Pekan Membakut, SK Kampung Brunei, SK St Patrick, SK Kebulu, SK Mempagar, SK Bukau, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kung Ming dan SJKC Lian Hwa.

“Sekolah yang terjejas banjir di Kota Belud pula adalah SK Sembirai, Menunggui, Tamau, Kesapang, Pituru dan Jawi-Jawi, manakala SK Pekan Tuaran di Tuaran serta SK Sualok di Beluran,” katanya.

Mistirine berkata, secara keseluruhannya semua sekolah terkesan banjir membabitkan seramai 433 guru dan 4,891 murid namun sesi persekolahan masih diteruskan kerana dijalankan secara PDPR.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI