fbpx

We Care untuk inspirasikan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN penyanyi yang menjayakan lagu We Care.

Demi membangkitkan semangat dalam usaha memerangi penularan pandemik Covid-19, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) bekerjasama untuk menghasilkan single terbaru yang bakal dilancarkan pada bulan ini, selain larian maya dan konsert siaran langsung bakal yang diadakan pada April nanti.

Kolaborasi istimewa bersama Allianz We Care Community tersebut dimulakan dengan pelancaran sebuah lagu khas daripada Universal Music Malaysia berjudul We Care.

Projek berkenaan merupakan satu inisiatif yang memberikan perlindungan Covid-19 dan manfaat menjaga kesihatan percuma kepada pelanggan Allianz Malaysia dan juga mereka yang bukan pelanggan.

Lagu We Care dipersembahkan secara eksklusif oleh penyanyi dwibahasa terkenal Malaysia iaitu Alvin Chong, kumpulan pop yang sedang meningkat naik Dolla, bintang pop Thai-German, Jannine Weigel dan penyanyi lagu Mandopop Malaysia, Nicole Lai.

ALVIN CHONG

Lai yang menandatangani kontrak bersama Universal Music pada Oktober 2020 turut menyumbangkan sentuhan kreatifnya dengan menulis lirik Mandarin dalam projek pertama bersama Universal Music Malaysia ini.

We Care juga merupakan lagu pertama bagi kesemua anggota Dolla untuk menyerlahkan bakat rap mereka.

Menterjemahkan mesej positif, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga berharap, inisiatif berkenaan dapat menginspirasi orang ramai untuk tidak berputus asa dalam menentang pandemik dan terus menyokong satu sama lain dalam tempoh sukar ini.

“Kolaborasi ini merupakan kerjasama strategi kreatif pertama yang mengetengahkan bakat artis-artis kami dalam menyalurkan kekuatan kepada orang ramai terutamanya dalam masa yang tidak menentu. Lagu khas ini dihasilkan oleh produser muzik bertaraf ‘multi-platinum’, Bryan B.

DOLLA

“Dengarkan single terbaru ini di platform penstriman digital pilihan anda,” kata Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Selebriti 360 Universal Music Malaysia, Kim Lim.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Joseph Gross pula berkata, sebagai penanggung insurans, pihaknya sentiasa meneliti peranan dalam kehidupan pelanggan.

“Matlamat Allianz We Care Community adalah untuk memupuk dan membina komuniti inklusif yang berdaya tahan dalam menangani situasi mencabar dan sentiasa ada bersama rakyat Malaysia ketika mereka memerlukan bantuan.

“Lagu We Care merupakan salah satu inisiatif baru yang diilhamkan daripada aspirasi untuk memupuk semangat positif dalam masa yang tidak menentu ini,” katanya.

Diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, We Care dilancarkan secara rasmi menerusi platform penstriman digital utama termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan

Deezer bermula 15 Januari 2021.

NICOLE LAI

Merancakkan lagi usaha, menerusi video muzik rasmi We Care yang akan ditayangkan pada Februari 2021, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia mempelawa dua pemenang istimewa untuk tampil dalam video muzik tersebut bersama keempat-empat penyanyi hebat ini.

Kongsi kisah Covid-19 anda menerusi http://umusic.digital/sharethecare/ dan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada bintang video muzik tersebut.

Semua peserta akan menerima perlindungan Covid-19 percuma bawah Allianz We Care Community. tertakluk terma dan syarat.

Selain daripada kolaborasi lagu, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga akan menganjurkan larian maya We Care dan konsert siaran langsung pada bulan April 2021. Hasil daripada kutipan larian maya akan disalurkan kepada organisasi amal.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @universalmuzikMY dan @AllianzMalaysia (Facebook), serta @universalmusic_my dan @allianzmalaysia (Instagram).

Jannine Weigel
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI