fbpx

3,306 kes baharu, empat kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,306 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 161,740 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,299 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 38,791 kes.

“Empat kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 605 kes.

“Selain itu, sebanyak 2,293 kes sembuh turut dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 122,344 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 226 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 94 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI