fbpx

Gantung Perlembagaan Negara tidak pulihkan pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

PETALING JAYA – Menggantung Perlembagaan Negara sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu memulihkan pandemik Covid-19.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, adalah baik jika kerajaan mengisytiharkan “the state of Health Emergency” dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.

“Hanya memperbaiki strategi kesihatan, mempertingkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyegerakan immunisasi akan memulihkan Malaysia dari wabak ini.

“UMNO akan menyokong segala usaha kerajaan membasmi wabak ini. Pendirian ini tiada tawar menawar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamad berkata, Malaysia berada dalam kedudukan yang belum pernah terjadi dalam sejarahnya.

Menurut beliau, pandemik semakin menular, ekonomi merudum, negara diisytihar darurat, perlembagaan di gantung dan parlimen tidak berfungsi.

Kata beliau, UMNO akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi perlembagaan.

Tegas beliau, Malaysia adalah demokrasi yang berjaya, malah teladan negara demokratik yang terbaik dalam kalangan negara Islam.

“Demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau apa jua cabaran yang melanda negara ini.

“Ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI