fbpx

Kes baharu melebihi 4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pecah rekod sekali lagi apabila kes harian hari ini mencecah angka melebihi 4,000 dengan 4,029 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 155,095 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 37,126 kes.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 4,021 kes penularan tempatan.

“Terdapat lapan lagi kes kematian Covid-19 dilaporkan dan jumlah kes kematian di negara merekodkan sebanyak 594 kes.

“Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,148 kes dan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 117,375 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 209 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 79 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI