fbpx
Petugas Kementerian Kesihatan mengangkat keranda jenazah Mohamed Salleh untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara, Kuala Terengganu hari ini. - Foto PUTRA HAIRRY ROSLI

Jenazah Tun Salleh Abas selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas, 91, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara di sini pada pukul 10.30 pagi tadi.

Terdahulu van yang membawa jenazah Mohamed Salleh tiba di pekarangan tanah perkuburan Islam tersebut pada pukul 10.12 pagi.

Upacara pengebumian tokoh kehakiman negara tersebut dikendalikan mengikur prosedur operasi standard (SOP) oleh kakitangan Kementerian Kesihatan yang memakai Pakaian perlindungan diri (PPE).

Kelihatan beberapa ahli keluarga Mohamed Salleh yang kelihatan hiba selepas hanya dibenarkan menyaksikan upacara pengebumian berkenaan dari tembok tanah perkuburan Islam berkenaan.

Sebelum itu, Mohamed Salleh menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada pukul 3.20 pagi tadi.

Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad telah dimasukkan ke hospital berkenaan setelah disahkan positif Covid-19.

Beliau yang berasal dari Kampung Raja, Besut merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih daripada Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999. – K! ONLINE

BERITA BERKAITAN