fbpx

Sasha Saidin, suami terima suntikan kedua vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sasha Saidin

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon Sasha Saidin kini selesai mengambil dos kedua suntikan vaksin Covid-19 semalam.

Menurut Sasha, 45, vaksin yang dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal Sinopharm tersebut telah diterima bersama suami, Sirhan Wahab di Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Alhamdulillah saya dan suami sudah melengkapkan vaksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan pertama.

“Kami diberitahu jururawat bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada penggalak (booster) dan bersifat lebih ringan berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini,” ujarnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Kata kakak kepada pelakon, Zain Saidin itu lagi, dia bersyukur apabila diberitahu bahawa kesan sampingan yang bakal dialaminya nanti lebih ringan berbanding suntikan pertama iaitu demam dan alergi.

“Sebaik sahaja pulang ke rumah selepas mengambil suntikan kedua, saya berasa sangat letih dan mengantuk, manakala Sirhan pula mengalami sakit kepala.

“Tetapi selepas mengambil paracetamol dan tidur seketika, badan kami mula berasa okey seperti biasa.

“Buat masa ini kami berdua baik-baik sahaja dan akan memantau keadaan antara satu sama lain. Kami telah pun kembali menjalani rutin harian seperti biasa,” katanya.

Pada masa sama, bekas anggota kumpulan Elite itu juga meluahkan rasa terima kasih kepada kerajaan UAE kerana memberikan suntikan percuma kepada penduduknya.

Terdahulu, Sasha yang kini telah menetap di UAE kerana mengikut suaminya yang bertugas di sana telah menerima suntikan pertama vaksin Sinopharm pada 24 Disember lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI