fbpx

Jaminan pendeposit Tabung Haji terus dipertahankan – Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Artikel dikeluarkan sebuah portal kononnya kerajaan mahu memansuhkan jaminan pendeposit Tabung Haji.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan bahawa jaminan kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit Tabung Haji tetap terus dipertahankan.

Menurutnya, sebagaimana umum sedia maklum, prestasi cemerlang Tabung Haji sejak peralihan kerajaan berjaya membuktikan kestabilan tadbir urus agensi berkenaan.

“Ini dapat dibuktikan antaranya menerusi pembelian Menara VSQ1 daripada Bukit Damansara Development Sdn. Bhd. dan jumlah deposit sebanyak RM75.9 billion sehingga 30 Disember 2020,” katanya menerusi perkongsiannya di laman sosial hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada satu tajuk artikel dikeluarkan sebuah portal kononnya kerajaan mahu memansuhkan jaminan pendeposit Tabung Haji.

Zulkilfi memaklumkan tajuk pada laporan berita itu adalah tidak benar sama sekali.

“Saya terpanggil untuk memberi penjelasan terhadap isu yang berlegar berkenaan perbincangan saya dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan Tabung Haji semalam.

“Apa yang tertera pada tajuk ini adalah tidak benar sama sekali. Ia sama sekali tidak menggambarkan pendirian kerajaan dalam hal tersebut,” katanya.

Jelasnya, perbincangan semalam hanya berkisar mengenai isu-isu penstrukturan semula (structural reform) yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi khususnya bagi manfaat pendeposit Tabung Haji.

Zulkifli menambah, kerisauan yang dibangkitkan oleh segelintir pihak berkenaan adalah di luar fokus perbincangan semalam.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI