fbpx

iPhone terpakai dapat permintaan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF menunjukkan model iPhone yang ditawarkan di premisnya.

IPOH – Walaupun harga iPhone berada pada paras premium, bagi penggemarnya, sifat mudah guna selain kepelbagaian aplikasi untuk membantu kerja-kerja pada hujung jari menyebabkan ia terus menjadi pilihan.

Selain model baharu, iPhone terpakai turut mendapat permintaan baik.

Mereka yang ingin mendapatkan iPhone terpakai yang berkualiti boleh berkunjung ke premis Perut.Ipoh – Tech Specialist yang terletak di Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park di sini.

Premis milik Bumiputera yang baru beroperasi sejak 2 Januari lalu itu menjual iPhone terpakai berkualiti premium yang diambil daripada pembekal di Amerika Syarikat (AS).

Sembilan variasi telefon pintar Apple ditawarkan bermula daripada iPhone 7 pada harga RM699 hinggalah iPhone 11 Pro Max dengan tanda harga RM4,299.

Penasihat Jualan Perut. Ipoh, Arif Fitri Mursalim berkata, iPhone yang dijual bukan model telah dibaik pulih atau refurbished, manakala komponen dalamannya adalah yang asal.

Kualitinya dijamin dan tiada kesan calar pada skrin mahupun badan telefon.

“Kami tidak mengubah apa-apa pada telefon termasuk perisian dan komponen.

“Harga bagi iPhone terpakai sekitar 30 peratus lebih rendah berbanding yang baharu, bergantung pada model dan variasi,” ujarnya kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini.

Setiap set iPhone dijual lengkap bersama kotak, alat pengecas dan fon telinga dengan jaminan selama sebulan.

Perut.Ipoh turut menawarkan perkhidmatan membaiki kerosakan dan pemeriksaan semua jenis telefon pintar termasuk tablet.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Instagram dan Facebook Perut.Ipoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI