fbpx

Tempahan vaksin boleh berubah – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak menolak kemungkinan akan menambah tempahan sesuatu bekalan vaksin atau mungkin tidak meneruskan sesuatu perjanjian yang telah dimeterai.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, semua keputusan adalah bergantung kepada data klinikal, terma komersial serta ketersediaan sesuatu vaksin.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 berkata, kesemua vaksin yang akan dibeli akan dipastikan selamat serta berkesan sambil memastikan kepentingan kewangan negara tetap terpelihara.

“Memandangkan semakin banyak data ujian klinikal diumum serta diterbitkan, Malaysia perlu bertindak pantas dan bersikap fleksibel untuk mengimbangi portfolio vaksin sedia ada.

“Ini bermakna, pengumuman yang telah dibuat sebelum ini mungkin boleh berubah pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan berhubung Perkembangan Semasa Perolehan Vaksin itu dimuat naik di laman web rasmi www.khairykj.com.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, bersedia untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI