fbpx

Raffi Ahmad terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAFFI AHMAD

AKTOR Raffi Ahmad menjadi selebriti terawal yang bakal menerima vaksin Covid-19 seperti dimaklumkan pengurusnya, Prio.

Dalam satu kenyataan, Prio memaklumkan bahawa Raffi tersenarai sebagai individu yang akan menerima suntikan vaksin pada 13 Januari (hari ini).

Bagaimanapun, Raffi masih belum mengetahui jenis vaksin yang akan diberikan kepadanya nanti.

“Ya, benar. Cuma belum ada maklumat lanjut. Jenis vaksin belum tahu. Cuma dinyatakan saya akan terima vaksin,” kata suami kepada aktres Nagita Slavina itu.

Terdahulu, satu kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Indonesia tersebar mengenai program suntikan perdana vaksin Covid-19 yang bermula 13 hingga 15 Januari ini.

Nama Raffi Ahmad dan Bunga Citra Lestari antara yang tertulis menjadi penerima vaksin tersebut.

Kementerian bagaimanapun menafikan mengenai khabar angin berkenaan dan memberitahu masih belum mengetahui individu yang terpilih untuk menerima suntikan awal tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI