fbpx

Pejabat Kadi Batu Pahat kesan waris Hishamuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HISHAMUDDIN

BATU PAHAT – Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat sedang mencari waris Mohd. Hishamuddin Abdullah @ Tay Chek Hooi yang meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah rumah perlindungan saudara baru di sini pada 1 Januari lalu.

Jurucakap pejabat itu berkata, Allahyarham yang mempunyai nombor kad pengenalan 791128-01-5003 disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang di alamat No 22, Lot 210,Taman Jasa Jamal, Batu 10, Jalan Kluang, Batu Pahat.

Katanya, Mohd Hishamuddin yang juga orang kurang upaya (OKU) kategori fizikal masih bujang dan tidak bekerja mula memeluk Islam di Muar pada 2012 dan berasal dari Kluang.

“Waris atau sesiapa yang mengenali penama diminta untuk menghubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, Johor di talian 07-4363000,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI