fbpx

2,985 kes baharu, empat kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,985 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 144,518 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula kini mencecah 32,377 kes.

Menurutnya, sebanyak 994 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 111,578 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak dua kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 2,983 kes adalah penularan tempatan.

“Empat lagi kes kematian dicatatkan menjadikan sebanyak 563 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ujarnya, sebanyak 197 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 97 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI