fbpx

The Cops enggan jadi pelengkap saingan Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN PDRM FC yakin mampu muncul sebagai pasukan pesaing kejuaraan dan bukan hanya pasukan pelengkap pada Liga Premier musim 2021.

KETUA jurulatih kelab bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC), Mat Zan Mat Aris enggan skuad bimbingannya dilabel sebagai pasukan pelengkap saingan Liga Premier 2021 yang akan membuka tirainya 27 Februari ini.

Mat Zan, 62, menganggap kehadiran dua import dari Terengganu FC II, Bruno Suzuki dan Dechi Marcel mampu memboleh­kan The Cops memberikan tentangan hebat sekali gus bersaing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Harapan saya sudah tentu tinggi, malah tiada jurulatih yang mahu bawa pasukan sekadar kekal di Liga Premier sahaja. Saya harap dapat bentuk pasukan mantap dengan gandingan pemain lama dan baharu selain import-import yang dibawa masuk.

“Kami mahu memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain, bukan setakat menyertai Liga Premier sahaja. Itu salah satu sebab kami pilih pemain-pemain yang boleh membantu pasukan.

“Bruno (Suzuki) dan Marcel mempunyai pengalaman dalam Liga M. Jadi saya mengharapkan kebolehan mereka dapat membantu pasukan musim ini,” kata­nya kepada Kosmo! .

Kehadiran Mat Zan pastinya menyuntik semangat baharu buat PDRM berdasarkan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak tempatan sejak 1996 dengan membantu Kuala Lumpur muncul juara Piala FA 1999 dan Terengganu menjuarai Piala Malaysia 2001.

Rekod paling membanggakan buat pengendali dari Negeri Sembilan itu ketika mengemudi Me­laka United layak ke pentas Liga Super dalam tempoh dua musim bermula daripada menjuarai Piala FAM sebelum bergelar juara Liga Premier pada 2016.

Bagaimanapun, Mat Zan membuat kejutan apabila memilih untuk mengendalikan pasukan Liga M3 iaitu Melawati FC sebelum saingan liga berkenaan dibatalkan ekoran wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI