fbpx

Syarikat perkhidmatan perlu boleh daftar CIMS bermula petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini memaklumkan mana-mana syarikat yang belum berdaftar dengan pangkalan data MITI bagi beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh berbuat demikian bermula pukul 3 petang hari ini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia susulan keputusan kerajaan membenarkan lima sektor ekonomi perlu termasuk pengilangan dan pembuatan beroperasi sepanjang PKP.

“Syarikat-syarikat sektor pengilangan dan pembuatan dalam perkhidmatan perlu yang belum berdaftar dengan Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) boleh berbuat demikian di pautan https://notification.miti.gov.my mulai pukul 3 petang ini. Surat notifikasi pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat selepas pendaftaran.

“Manakala bagi syarikat-syarikat yang telah berdaftar tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP. Syarikat-syarikat yang berkenaan hanya perlu memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang boleh dimuat turun mulai pukul 3 petang ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pendaftaran itu hanya terpakai untuk syarikat-syarikat dalam sektor pengilangan dan pembuatan di bawah seliaan MITI.

“Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP.

“Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satusatu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja atau surat pengesahan majikan,” jelasnya.

Lima sektor perlu dikenal pasti kerajaan ialah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI