fbpx

Hamzah sah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan positif Covid-19 awal pagi tadi.

Pejabat Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, susulan itu, Hamzah akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hamzah telah menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

“Susulan saringan tersebut, pihak KKM telah memaklumkan pada awal pagi tadi bahawa beliau disahkan positif Covid-19,” katanya hari ini.

Kenyataan itu berkata, semua kontak rapat Hamzah bermula 8 Januari sehingga 11 Januari lalu dimohon untuk tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan Covid-19 mengikut saranan pihak KKM.

“Beliau memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini.

“Pada masa sama, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan kepadanya,” katanya.

Sementara itu, katanya, Hamzah akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari semasa ke semasa sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI