fbpx

Cuti PDRM dibeku – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

PETALING JAYA – Cuti pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekukan serta merta seiring dengan pengumuman pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan Perdana Menteri semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan tersebut dibuat bagi memberikan kekuatan maksima kepada penugasan sepanjang pelaksanaan PKP dan pemantauan operasi pematuhan standard (SOP).

“Sehingga kini PDRM mempunyai seramai 48,000 pegawai serta anggota yang bersedia untuk penugasan penguatkuasaan PKP dan kita juga ada 12,000 lagi dalam keadaan bersedia.

“Bagi penugasan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan negara pula, mereka akan terus menjalankan penugasan Ops Benteng dan tidak terlibat dengan penugasan di bandar,” katanya pada satu sidang akhbar khas di Bukit Aman hari ini.-K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI