fbpx
Gambar hiasan.

Selangor rancang beli lima juta dos vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Kerajaan Selangor bercadang membeli tiga sehingga lima juta dos vaksin Covid-19 bagi mengawal penularan virus dan memutuskan rangkaian jangkitan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan
dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan pada Rabu ini.

“Saya sedang usahakannya sejak minggu lalu dan akan memuktamadkan apabila semua urusan selesai.

“Langkah tersebut bagi memastikan kesihatan rakyat negeri ini terus terjamin di samping memastikan bekalan vaksin Covid-19 mencukupi.

“Tambahan, industri di negeri ini memerlukannya termasuk pekerja asing dengan setakat ini vaksin Covid-19 disediakan kepada warganegara manakala pekerja asing perlu membeli vaksin terbabit,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Dataran Patriotik Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam di sini hari ini.

Mengulas mengenai kes harian tertinggi di Selangor, Amirudin menegaskan beberapa perancangan dan pelan tertentu masih dalam tindakan namun sebahagiannya perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita akan cuba membantu MKN kerana ketika ini suasana berbeza memandangkan Selangor dan beberapa negeri mencatatkan kes tertinggi terutama membabitkan pekerja kilang dalam kalangan warga asing.

“Sebelum ini mereka (pekerja asing) tidak disaring, apabila Selangor antara negeri mewajibkan pekerja asing disaring, akhirnya kita mendapat kes tinggi,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI