fbpx

572 individu ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis ketika melakukan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 572 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 571 individu dikompaun manakala seorang lagi direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan ialah, aktiviti pusat hiburan (157) serta tidak memakai pelitup muka (173).

“Kesalahan lain pula adalah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (115), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (115) dan lain lain kesalahan (12),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 41,801 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam pada itu, Operasi Benteng turut berjaya menahan 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tiga buah kenderaan darat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI