fbpx

Siti terkilan dikatakan tidak buat apa-apa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kecewa dan sedih kerana tidak dapat turun padang membantu mangsa banjir di kampung halamannya.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Siti memberitahu keadaannya yang kini sarat hamil anak kedua membataskan pergerakannya untuk pergi kemana-mana selain faktor keselamatan bayi yang perlu diutamakan.

Menurut Siti yang popular menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu, dia hanya mampu menghulurkan sumbangan secara jarak jauh untuk mereka yang terkesan dengan bencana tersebut.

“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tapi keadaan saya tidak mengizinkan.

“Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana. Moga dipermudahkan buat kita semua.” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam entri sama, Siti menjelaskan bahawa bekalan barangan keperluan telah dihantar daripada Kuala Lumpur dan mengharapkan agar perjalanan sukarelawan ke Pahang dipermudahkan Allah.

Media melaporkan keadaan banjir di Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu kini bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari di negeri-negeri berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN