fbpx

Insentif RM369,000 jika ada tiga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai bersiar-siar di daerah Myeongdong, Korea Selatan pada 28 Disember lalu. – AFP

SEOUL – Pihak berkuasa di sebuah bandar di Korea Selatan menawarkan insentif 100 juta won (RM369,000) kepada pasangan yang ada sekurang-kurangnya tiga anak, lapor media tempatan.

Stesen penyiaran Korea Selatan, KNN kelmarin melaporkan pihak pentadbir Bandar Changwon di Gyeongsang Selatan mengambil pendekatan itu untuk mengatasi masalah jumlah penduduk rendah.

Pendekatan itu memberi pinjaman 100 juta won kepada setiap pasangan suami isteri yang menetap di bandar.

Jika pasangan itu melahirkan satu anak, kadar faedah pinjaman akan dikecualikan. Sekiranya memiliki dua anak, 30 peratus daripada jumlah prinsipal pinjaman akan dilupuskan.

Bagi keluarga yang ada tiga anak, pinjaman itu akan diubah menjadi geran iaitu percuma buat pasangan tersebut.

Wakil Jabatan Perancangan Bandar Changwon, Kim Jong-pil memberitahu polisi itu dibuat kerana insentif perkahwinan dan kelahiran yang ­lebih inovatif diperlukan di bandar berkenaan.

Pihak berkuasa Changwon bimbang jumlah penduduk di situ mungkin menurun bawah paras satu juta orang.

Kementerian Dalam Negeri Dan Keselamatan Korea Selatan menyatakan negara itu mencatat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada tahun lalu.

Korea Selatan mencatat sebanyak 307,764 kematian dan 275,815 kelahiran, lapor agensi berita CNN. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI