fbpx

Usul Bahagian dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju membawa usul dibangkitkan 189 Bahagian-Bahagiannya termasuklah memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Perhimpunan Agungnya pada 31 Januari hadapan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, usul memutuskan hubungan dengan Bersatu itu dicadangkan Bahagiannya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ujarnya, turut diusulkan ialah mempertahankan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.

“Usul lain termasuklah menggesa supaya PRU-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, MKT UMNO mengadakan mesyuarat selama kira-kira tiga jam di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.

Menurut Shahril, mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha Barisan Nasional (BN) yang digalas semula oleh Setiausaha Agung UMNO.

“Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan Presiden-Presiden parti komponen dan akan diabsahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat.

Shahril berkata, mesyuarat juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir termasuk pasca banjir.

Ujarnya, Skuad Sayang Wanita dan Skuad Sabil Pemuda juga telah dan akan digerakkan dengan lebih hebat.

“Bagi tujuan menyelaras semua gerak kerja penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, sebuah Pasukan Khas UMNO Menangani Bencana ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI