fbpx

Jualan kambing Osman Goat Farm meningkat tiga kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kesedaran dan kepekaan masyarakat terhadap isu halal dan haram me­ngenai daging sejuk beku import baru-baru ini telah memberi impak positif kepada penternak daging tempatan untuk menguasai pasaran tempatan.

Peningkatan jualan tekah dimanfaatkan oleh syarikat Osman Goat Farm yang beroperasi di Kangkar Tebrau di sini.

Pengarah Urusannya, Osman Cheya Kutty berkata, perolehan jualan telah meningkat sebanyak tiga kali ganda yang mana sebagai contoh jika sebelum ini, ha­nya tiga ekor kambing dijual sehari tetapi kini ia berjaya menjual sehingga sembilan ekor kambing sehari.

“Saya percaya trend peningkatan ini didorong oleh kesedaran masyarakat yang ingin mendapatkan daging yang diyakini halal.

“Walaupun harga daging kambing tempatan segar dijual lebih mahal iaitu sekitar RM60 sekilogram (kg) berbanding RM25 sekilogram bagi daging import sejuk beku.

“Namun, sebahagian daripada pelanggan kini sanggup membe­li daging tempatan segar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Osman menjelaskan, memandangkan permintaan yang semakin bertambah, pihaknya mampu memenuhi tempahan semasa kerana syarikat kini memiliki kira-kira 3,000 ekor kam­bing pada masa ini.

“Ladang ternakan kami di Seelong, Kulai dan di Kangkar Tebrau menempatkan dua baka kam­bing tempatan iaitu jenis Jamna Pari dan Boer Goat.

“Syarikat turut memiliki empat baka kambing biri-biri yang diimport dari Australia iaitu Damara, Merino, Vanroy dan Awassi,” ujarnya.

Tambah Osman, syarikat turut mempunyai empat pusat pen­yembelihan bertauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI