fbpx

Calit guna paku, hingus yang keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki di Indonesia tular kerana video calit guna paku. - Twitter

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia tular di media sosial apabila menggunakan sebatang paku untuk melakukan ujian calit olok-olok, baru-baru ini.

Video yang dimuat naik di laman Twitter @jawafess itu memaparkan lelaki itu meniru cara-cara membuat ujian calit Covid-19 dengan menjolok paku ke dalam lubang hidungnya.

Apabila paku itu ditarik keluar, lelaki itu terbersin lalu mengeluarkan hingus dalam jumlah yang banyak.

Lelaki itu terbersin selepas paku dikeluarkan. – Twitter

Rakaman melucukan itu menarik ribuan komen netizen yang terhibur dengan kelakuan lelaki tersebut.

“Petugas kesihatan pasti bingung jika mendapat sampel lelaki ini,” komen seorang pengguna.

“Rasa macam mahu batalkan niat lakukan ujian swab apabila menonton video ini,” tulis seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI