fbpx

Ambulans bawa ibu hamil rempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ambulans yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 140, Jalan Kuantan-Terengganu berhampiran kilang Eastern Steel di Kemaman semalam.

KEMAMAN – Tiga termasuk seorang ibu mengandung berdepan detik cemas apabila ambulans dinaiki berlanggar dengan sebuah lori treler di Kilometer 140, Jalan Kuantan-Terengganu berhampiran kilang Eastern Steel di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam itu, pemandu ambulans berusia 56 tahun cedera ringan manakala ibu hamil dan seorang jururawat tersebut terselamat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, ambulans tersebut dalam perjalanan menghantar wanita sarat mengandung itu ke Hospital Dungun.

Beliau berkata, pada waktu sama, lori treler tanpa muatan yang dipandu lelaki berusia 46 tahun berkenaan pula menghala masuk ke kilang Eastern Steel dari Teluk Kalong di sini.

“Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat. Lori treler itu memasuki kilang Eastern Steel sebaik lampu isyarat bertukar hijau sebelum dirempuh sebuah ambulans dari bahagian kiri.

“Rempuhan itu menyebabkan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan manakala ambulans pula remuk teruk pada bahagian hadapan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, pemandu ambulans yang cedera ringan telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI