fbpx

2.5 juta permohonan i-Sinar diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Sebanyak 2.5 juta permohonan i-Sinar diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada jumlah keseluruhan 3.88 juta setakat 4 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Hal-Ehwal Korporat KWSP berkata, jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM19.62 bilion, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion yang telah dibuat secara berperingkat.

“KWSP maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 juta permohonan yang masih belum diluluskan, berada di dalam kriteria Kategori 2, yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari 2021.

“Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang memperincikan jumlah gaji termasuk elaun lebih masa dan komisen atau penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 701 permohonan tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab antaranya perbezaan nombor akaun bank, permohonan yang dibuat untuk ahli yang telah meninggal dunia atau ahli telah pun berumur 55 tahun dan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

Dalam pada itu, KWSP menasihati ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen-dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial bagi mengelakkan penipuan dan aktiviti scam.

“KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa setiap aspek keselamatan telah diambil bagi mengelakkan pihak ketiga atau scammers yang tidak bertanggungjawab daripada membuat  permohonan palsu dan menjejaskan simpanan persaraan ahli,” tegas badan itu.

Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun 2021.

Ahli digalakkan memohon secara online menerusi isinar.kwsp.gov.my dan tidak perlu hadir ke cawangan-cawangan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI