fbpx

ECERDC mahu rancakkan semula ekonomi di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan terus menerajui pelaksanaan projek-projek strategik dan menarik pelaburan baharu bagi mengekalkan momentum pembangunan dan merancakkan semula ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), terutamanya di Kelantan pada pasca Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Baidzawi Che Mat berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memastikan kesemua projek dalam pelaksanaan dan perancangan akan berjalan lancar.

Menurut beliau, selain projek Jambatan Palekbang-Kota Bharu, terdapat juga beberapa projek utama lain yang menjadi tumpuan.
Antaranya ialah Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3), projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa dan kerja-kerja menaik taraf jalan raya Pasir Puteh ke Jeli.

“Projek ini bukan sahaja dijangka meningkatkan kesaling hubungan antara Kelantan dan seluruh negara, malah akan mencetuskan limpahan ekonomi di kawasan-kawasan sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena lawatan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meninjau perkembangan projek strategik yang dilaksanakan ECERDC baru-baru ini.

Baidzawi menerangkan, pembinaan Jambatan Palekbang-Kota Bahru akan dapat menyuraikan masalah kesesakan trafik di Jambatan Sultan Yahya Petra dan pusat bandar Kota Bharu.

Selain itu, projek pembangunan semula Kampung Laut sebagai Kampung Warisan yang berkonsepkan muzium hidup pula melibatkan pembinaan Laman Warisan dan Laman Seni yang bakal menjadi tarikan pelancong dan menjadi platform untuk perusahaan kecil dan sederhana berniaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI