fbpx

Medac latih lebih 50,000 usahawan baharu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Lebih 50,000 usahawan baharu berjaya dibimbing Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) sepanjang tahun lalu biarpun berdepan kesukaran dan cabaran wabak Covid-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementerian masih dianggap berjaya mewujudkan usahawan baharu biarpun berdepan pandemik berkenaan.

Beliau berkata, secara keseluruhan, agensi-agensi di bawah Medac juga berjaya mengagihkan hampir keseluruhan peruntukan disediakan kerajaan menerusi Belanjawan 2020.

“Dari segi pelaksanaan peruntukan, Medac merekodkan pencapaian yang amat membanggakan apabila berjaya menyalurkan 99.3 peratus yang diperuntukkan di bawah Belanjawan 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat dan Pelancaran Hala Tuju Medac 2021 di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata, Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan Medac juga banyak membantu usahawan dan koperasi yang terjejas dengan wabak Covid-19.

Beliau berkata, pelan itu membabitkan dua fasa iaitu fasa pertama bermula Mei hingga Disember lalu manakala, fasa kedua bermula Januari hingga Mei 2021.

“Bagi fasa pertama, sebanyak 20 program dilaksanakan dengan peruntukan RM171 juta dimana 12,138 usahawan yang kebanyakannya Bumiputera menerima manfaatnya.

“Bagi fasa kedua pula, sebanyak RM17.1 juta peruntukan disediakan,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan, sebanyak RM1.48 bilion peruntukan dalam bentuk pembiayaan berjaya diagihkan kepada 53,449 usahawan oleh agensi-agensi di bawah kementerian setakat Disember lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI