fbpx

Kawasan benih kerang diwartakan bagi kekang sindiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot roto yang digunakan sindiket mencuri benih kerang menjadi ancaman kepada penternak kerang di sekitar Sekinchan.

SHAH ALAM – Kawasan pembiakan benih kerang di negeri ini akan diwartakan dalam masa terdekat bagi mencegah aktiviti mencuri di kalangan sindiket.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan  Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim berkata, pewartaan itu melibatkan pantai di bermula dari Kuala Selangor hingga Sabak Bernam.

“Kegiatan mencuri dan menyeludup benih kerang ini bukan perkara baru kerana sudah lama dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini kerana benih-benih kerang yang hidup secara semulajadi di pantai utara negeri ini bermula dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam sangat bermutu tinggi dan mencapai harga tinggi sekiranya dijual dalam pasaran negara Thailand,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan penternak kerang di pesisir Pantai Sungai Leman, Sekinchan di sini berdepan ancaman aktiviti mencuri benih kerang didakwa dilakukan sindiket yang menggunakan bot roto.

Jelas beliau, kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan Selangor juga telah mengambil pelbagai langkah dalam membanteras kegiatan itu termasuk kerjasama bersama Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia.- K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI