fbpx

Ings mampu beri Liverpool igauan ngeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KECEDERAAN merencatkan perancangan Liverpool musim ini, namun mereka masih menerajui takhta liga ketika ini. – AFP

LIVERPOOL – Pemain pertaha­nan Liverpool, Nathaniel Phillips menggesa rakan sepasukan supaya berjaga-jaga dengan kemampuan Southampton menje­lang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St. Mary awal pagi esok.

Katanya, pergerakan penye­rang pasukan tuan rumah, Danny Ings perlu dirantai memandangkan dia mampu untuk membuatkan The Reds pulang hampa ke Anfield.

Selain Ings, Phillips juga berharap rakan sepasukan turut memberi sepenuh perhatian ter­hadap pemain-pemain lain memandangkan Southampton boleh dianggap antara pasukan terbaik musim ini.

“Apabila beraksi, dia (Ings) bo­leh dikatakan antara yang terbaik dalam pasukan itu, lebih-lebih lagi dia kerap menjaringkan gol buat Southampton, jadi kami per­lu berhati-hati.

“Mereka berada pada prestasi terbaik ketika ini dan sudah pasti ia sangat sukar untuk kami.

“Kami perlu bangkit daripada perlawanan sebelum ini untuk dapatkan tiga mata,” kata Phillips.

Selain itu, dia juga gembira apabila The Reds masih mampu untuk menerajui saingan liga biarpun berdepan beberapa masalah kecederaan pemain utama.

“Kami sudah tunjukkan kemampuan yang ada walaupun ramai pemain cedera selain terpaksa beraksi pada posisi berbeza.

“Sudah tentu satu pencapaian menakjubkan untuk berada di puncak liga,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI