fbpx

Pecah cermin kereta selamatkan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. RAJIHAN dilaporkan hilang selepas dia dihanyutkan arus deras bersama kereta dipandunya dalam kejadian banjir di Batu 18, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kluang petang semalam.

KLUANG – Individu yang dilaporkan hilang dalam arus banjir di Batu 18 Jalan Batu Pahat – Mersing dikatakan tidak sempat keluar dari kenderaan selepas menyelamatkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 25.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang semalam, Md. Rajihan Junaidi, 28, bertindak memecahkan cermin kereta Proton Waja yang dinaiki bagi mengeluarkan isterinya yang sarat mengandung enam bulan.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Law Hang Seng, isteri mangsa sempat diselamatkan orang awam namun Md. Rajihan dihanyutkan arus deras bersama keretanya.

“Isterinya diselamat oleh orang awam di atas jalan manakala mangsa telah dibawa arus bersama motokar.

“Sebelum itu, mangsa memberhentikan kenderaan dan membuat keputusan untuk meredah air sebelum kereta dipandu tiba-tiba dibawa arus ke sebelah kanan jalan.

“Mereka dalam perjalanan dari Mersing dengan menaiki sebuah motokar jenis Proton Waja warna Silver, nombor kenderaan QKU 4704,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hang Seng berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang cuba mencari mangsa tetapi keadaan air semakin deras dan cuaca gelap selain hujan yang boleh membahayakan usaha pasukan penyelamat.

“Usaha mencari sukar diteruskan kerana lokasi kejadian dimasuki air yang mengalir deras

“Usaha mengesan mangsa telah dibuat sehingga kini belum berhasil dan diteruskan operasi mencari bermula pagi ini bersama pihak bomba,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI