fbpx

Lelaki maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ariff maut akibat terlibat dalam kemalangan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum terlanggar batu penghadang tepi jalan di Kilometer 7.9 Lebuh Raya Damansara Puchong semalam.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi, mangsa, Mohd. Ariff Mohd. Suhimi,34, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan pada kepala.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y150 itu menunggang di lorong kanan jalan sebelum terbabas.

“Mangsa terbabas sebelum terlanggar batu penghadang tepi jalan dan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Saksi kejadian diminta tampil atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor R. Navalan di talian 014 253 6820 bagi menyalurkan maklumat.

Kes disiasat mengikut 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI