fbpx

Lelaki kerat, buang zakar sendiri dalam mangkuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki nekad memotong kemaluan sendiri sebelum membuangnya ke dalam mang­kuk tandas di sebuah pangsapuri di sini baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Sumber polis berkata, seorang lelaki menghubungi pihaknya dan melaporkan rakan sebiliknya yang berumur 50 tahun telah mencederakan tangan sendiri.

Sekumpulan polis ber­gegas ke kawasan kejiranan Tottenville, Pulau Staten kira-kira pukul 11.45 pagi pada Rabu lalu dan mendapati ada kesan luka pada tangan kanan lelaki ber­kenaan.

Lelaki itu mengaku telah sengaja mencederakan diri sendiri.

“Dia kemudian memberitahu pasukan perubatan kecemasan bahawa (dia) telah memotong kemaluan dan membuangnya ke dalam mangkuk tandas,” katanya.

Pasukan perubatan kecemasan yang membuat pemeriksaan mengesahkan zakar serta salah satu testis lelaki itu telah dikerat dan hilang.

“Anggota polis turut menemui kesan darah pada lantai di dalam sebuah bilik air di tingkat dua pangsapuri berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan ada penyakit skizofrenia dan bipolar. Dia juga didapati tidak mengambil ubat selama beberapa bulan,” ujarnya.

Bagaimanapun, tiada maklumat didedahkan sama ada alat kemaluan lelaki itu sudah ditemui atau berjaya disambung semula.

Pada tahun 2018, ada laporan kejadian sama berlaku melibatkan seorang banduan di sebuah penjara di Fort Lauderdale, Florida yang dipercayai turut menghidap penyakit skizofrenia dan bipolar.

Saluran berita 7News me­laporkan, banduan itu menge­rat kemaluannya menggunakan pisau cukur dan membuang dalam tandas.

Dia memberitahu polis bahawa alat kelaminnya tidak lagi diperlukan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI