fbpx

Kerajaan perlu jelaskan sebab pembatalan HSR Malaysia-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni ketika ditemui di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan diminta untuk memberi penjelasan berhubung punca pembatalan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura kepada rakyat kerana ia melibatkan kepentingan umum.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, perkara itu perlu disegerakan kerana pembatalan projek berkenaan turut melibatkan pembayaran pampasan kepada Singapura.

Jelasnya, ekoran pembatalan projek itu, Malaysia perlu membayar RM300 juta kepada republik berkenaan, selain bayaran RM45 juta kerana menangguhkan projek berkenaan sebelum ini.

“Sehubungan itu kerajaan perlu segera memberikan penjelasan kepada rakyat kenapa projek itu dibatalkan kerana melibatkan duit rakyat negara ini.

“Saya juga tidak melihat sebarang kesukaran bagi kerajaan untuk menjelaskan perkara itu, kerana alasan diberi ketika ini hanyalah gagal mencapai persetujuan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan pembatalan projek berkenaan kerana tiada kata putus dapat dicapai antara kedua-dua negara terlibat yang turut menyaksikan Malaysia perlu membayar pampasan dianggarkan berjumlah RM300 juta kepada Singapura.

Hasni yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dalam masa sama turut memberitahu, kerajaan perlu mempunyai jaminan bahawa pembayaran pampasan yang dibuat akan dapat diganti semula.

“Apakah perancangan kerajaan untuk mendapatkan semula jumlah yang yang dibayar ekoran pembatalan projek mega berkenaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI