fbpx

Polis tahan tiga pemandu mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Tiga lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk yang dijalankan di sekitar daerah ini awal pagi tadi.

Pemandu berusia 40 sehingga 61 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 45(a)1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, tiga lelaki itu antara 17 individu yang ditahan dalam Ops Mabuk dan Ops Bersepadu sempena ambang tahun baru semalam.

Katanya, dalam Ops Bersepadu oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, 74 buah kenderaan telah diperiksa membabitkan 81 individu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 115 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas selain lapan individu ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamine, morfin dan ganja.

“Dalam operasi sama, tangkapan turut dilakukan ke atas enam individu atas kesalahan menunggang secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Katanya, operasi sehingga pukul 1 pagi itu disertai 35 pegawai dan anggota BSPT Ipoh dan 26 pegawai dan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI