fbpx

Keyakinan United makin memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA

MANCHESTER – Penjaga gol Manchester United, David De Gea percaya pasukannya kini sudah kembali mendapatkan mentaliti kemenangan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

United gagal muncul antara pencabar terbaik selepas era Alex Ferguson yang meninggalkan pasukan itu selepas memberikan mereka kejuaraan buat kali ke-20 pada 2013 lalu.

Bagaimanapun, kejayaan me­ngatasi Wolverhampton Wanderer 1-0 kelmarin menyaksikan mereka melonjak ke kedudukan kedua liga, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Kedua-dua pasukan yang mempunyai sejarah perseteruan panjang ini akan membuat perhitungan pada 17 Januari nanti, sekali gus menjadi pertembu­ngan merebut kedudukan teratas buat kali pertama sejak musim 2008/09 bagi kedua-dua pasukan.

Dalam tempoh lebih 10 musim, kedua-dua pasukan ini tidak pernah bertemu dalam misi mendapatkan kedudukan teratas liga.

Biarpun pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dan pe­nyerangnya, Marcus Rashford enggan bercakap mengenai peluang mereka memburu kejuaraan, namun De Gea percaya mereka berada pada kedudukan terbaik ketika ini.

“Saya fikir kami kembali mendapatkan mentaliti yang memberikan kami kepercayaan untuk memenangi setiap perlawanan dan ia sangat penting untuk pa­sukan ini.

“Kami semua mahukan kemenangan dan mencuba sehingga saat akhir. Pengurus mahu kami sentiasa mencuba selagi perlawanan belum tamat. Ia adalah suatu yang menakjubkan untuk melihat pasukan berjaya menja­ringkan gol pada saat akhir.

“Kami perlu percaya dan sentiasa mempercayainya sepanjang masa tetapi pada masa yang sama kami perlu kekal tenang kerana perjalanan liga ini masih panjang.

“Buat masa ini kami mula merasai kekuatan dan yakin. Kami perlu memulakan tahun 2021 seperti mana yang kami lakukan ketika menamatkan tahun 2020. Keyakinan, kekuatan dan mentaliti kemenangan. Kami perlu beraksi pada setiap perlawanan seperti perlawanan ­akhir,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI