fbpx

Hasil bidaan siri KFA hanya RM1.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismasuhaimi (kiri) memeriksa sebuah kereta dalam Operasi Ambang Tahun Baru 2021 di Persimpangan Bandar Darul Aman malam semalam.

JITRA – Siri nombor pendaftaran KFA yang dijangka mendapat sambutan kerana mempunyai persamaan dengan akronim Persatuan Bola Sepak Kedah tidak mencapai sasaran jualan seperti diharapkan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Ismasuhaimi Shariff berkata, jualan bagi siri nombor pendaftaran itu sekadar mencecah RM1.2 juta berbanding sasaran melebihi RM2 juta.

“Ketika ini kita sudah pun melancarkan jualan nombor KFB dengan KFA cuma tinggal baki.

“Sejak mula dibuka untuk bidaan pada 12 November tahun lalu, jualan siri KFA cuma mencecah RM1.2 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pelaksanaan Operasi Ambang Tahun Baru 2021 di Persimpangan Bandar Darul Aman di sini malam semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI