fbpx

Hamzah arah operasi SAR dipertingkat kesan mangsa terakhir bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengarahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di perairan Pulau Perhentian, Terengganu dipertingkatkan bagi mengenal pasti lokasi seorang lagi mangsa bot nelayan karam yang masih belum ditemui.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Hamzah berkata, bagi tujuan itu, aset-aset strategik milik Maritim Malaysia (APMM) seperti kapal maritim KM AMAMAH, bot laut KILAT 28 dan pesawat udara AW139 telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Aset-aset ini digerakkan bersama aset-aset milik agensi kerajaan lain daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Taman Laut (JTL),” katanya di sini hari ini.

Hamzah berkata, kementerian akan terus memantau situasi tersebut dengan rapat dari semasa ke semasa dan akan menyelaras operasi SAR secara bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian sebuah bot nelayan tempatan karam pada pukul 1 petang semalam di lokasi kurang empat batu nautika barat daya Pulau Perhentian.

Setakat ini, empat daripada lima nelayan itu ditemui selamat manakala seorang lagi dikhuatiri lemas selepas bot mereka karam di lokasi terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI