fbpx

Hamilton bakal bergelar ‘Sir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mencipta pencapaian menakjubkan di dalam sukan F1 menyebabkan dia layak untuk meraih Anugerah Knighthood. – AFP

LONDON – Pelumba Formula Satu (F1), Lewis Hamilton bakal menerima Anugerah Knighthood selepas tersenarai dalam pe­nerima anugerah tersebut pada upacara tradisi Penghormatan Tahun Baharu Britain.

Hamilton dianggap atlet sukan Britain paling layak atas kerja kerasnya dalam sepanjang karier perlumbaan F1.

Tujuh gelaran juara dunia F1 menjadi bukti kehebatan Hamilton dalam sukan tersebut dan lebih menarik pelumba berusia 35 tahun itu berjaya menyamai rekod gelaran Michael Schumacher.

Anugerah berkenaan meng­iktiraf pencapaian menakjubkan buat individu dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, sukan dan politik selain menyumbang kebajikan kepada sejumlah besar rakyat.

Kumpulan penggubal undang-undang Britain bulan lalu meminta Perdana Menteri, Boris Johnson mengesyorkan gelaran berkenaan buat pemandu F1 itu yang membawa gelaran ‘Sir’.

Hamilton, yang menetap di Monaco, berdepan pemantauan sebelum ini kerana masalah cukai namun menegaskan dia membayar sejumlah wang mencukupi kepada pihak berkuasa cukai Britain.

Dia sebelum ini lantang me­nyuarakan sokongan untuk keadilan, kepelbagaian dan alam sekitar selain membuat kenyataan kukuh berhubung hak kemanusiaan berkaitan demokrasi dan perkauman.

Hamilton menjadi pemandu F1 keempat yang menerima anugerah berkenaan selepas Sir Jack Brabham, Sir Stirling Moss dan Sir Jackie Stewart. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI