fbpx

Dulu berkumpulan sekarang solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EZWAN ARIFF

IMPIANNYA untuk bergelar penyanyi sudah tercapai apabila menjadi vokalis kumpulan Neon Band sejak tiga tahun lalu.

Lagu-lagu seperti Cinta Yang Telah Mati, Kaca dan Jiwa berjaya memperkenalkan nama Neon Band dalam arena muzik tanah air.

Malah karya kumpulan itu yang berjudul Hingga Akhir Nanti pernah diangkat menjadi runut bunyi (OST) sebuah drama iaitu Aku Cinta Dia yang bersiaran pada Disember 2018.

Bagaimanapun, selepas tiga tahun bersama kumpulan itu, vokalisnya, Ezwan Ariff mengambil keputusan bergerak secara solo menerusi single Misteri.

Single terbitan syarikat rakaman Najah Music yang dilancarkan secara rasmi pada 25 Disember lalu merupakan karya komposer terkenal Omar K, Ikhwan Fatanna dan Shazee.

Menurut Ezwan, keputusan tampil solo merupakan perancangan syarikat rakaman dan dipersetujui kedua-dua pihak serta turut membabitkan pengurusan Neon Band.

“Sebenarnya saya memang bercita-cita menjadi penyanyi. Tidak kisah secara solo atau band. Bagaimanapun rezeki datang dulu bersama kumpulan. Kini selepas tiga tahun bersama Neon Band, saya dapat peluang bergerak solo pula.

“Pengurusan pun okey dan tidak ada masalah dengan perkara ini. Asalkan tidak menimbulkan konflik kerjaya bersama band. Malah kedua-dua pihak setuju. Begitu juga dengan ahli kumpulan yang lain.

“Tidak ada timbul sebarang isu pun sebab saya bukan keluar kumpulan. Ini sekadar projek solo. Malah, perancangan bergerak solo dilakukan untuk membantu menaikkan nama Neon Band juga. Secara tidak langsung orang akan lebih kenal band ini,” katanya.

BIARPUN bergerak solo, projek Ezwan tidak akan menjejaskan Neon Band. Secara tidak langsung, percubaan solo Ezwan sebenarnya mampu menaikkan jenama Neon Band.

Misteri

Ditanya sejauh mana gerakan solonya kelak, Ezwan berkata, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan single kedua selain menyerahkan segala keputusan kepada pengurusan dan syarikat rakaman.

“Saya tidak letak jangka masa. Secara peribadi, saya sudah ada perancangan sendiri. Insya-Allah, enam bulan selepas pelancaran single pertama, saya mahu lancar single kedua.

Sepanjang tempoh tersebut, Neon Band juga akan ada lagu baharu. Maksudnya kerjaya solo dan band akan bergerak seiring.

“Bagi single kedua, belum ada perancangan sama ada lagu duet atau solo. Jika ada artis ingin berduet, saya okey dan sangat berbesar hati. Cuma kalau boleh biarlah lagu solo berentak balada.

Tambahan, saya sudah ada gambaran muzik yang macam mana. Apa pun, bergantung kepada trend muzik juga,” ujarnya.

Berkongsi mengenai lagu Misteri yang bergenre R&B pop, Ezwan berkata, itu adalah arah tuju muzik yang sudah ditetapkan pihak syarikat buat dirinya.

“Genre ini menjadi haluan muzik solo saya seiring trend muzik sekarang yang mudah diterima pendengar, radio dan platform digital.

“Saya terbuka dengan cadangan pengurusan. Kebanyakan lagu bersama band bergenre ‘slow rock’. Untuk menampakkan kelainan, saya okey saja dengan muzik ini.

Lagu ini kena dengan jiwa. Pada masa sama sesuai dengan nada suara dan penghayatan,” ujarnya yang menyiapkan rakaman lagu Misteri pada Ogos yang lalu.

Jadi, mereka terus ambil sebagai rakaman penuh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI