fbpx

Blackpink, BTS terus dominasi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLACKPINK dan BTS.

SEPANJANG tahun lalu, dua nama besar K-pop iaitu Blackpink dan BTS mencatat pelbagai rekod kejayaan luar biasa dalam graf karier mereka.

Baik dari segi fenomena single baharu, penjualan album tertinggi, pendakian tangga teratas carta muzik dan jumlah tontonan video muzik terbanyak, semuanya didominasi dua nama besar itu.

BTS yang memegang takhta sebagai penyanyi nombor satu K-pop ketika ini merekod sejarah tersendiri antaranya menerusi single perdana bahasa Ing­geris berjudul Dynamite yang menghuni carta muzik paling lama termasuklah Billboard Hot 100.

BTS

Itu belum dikira soal pecah rekod da­ripada BTS untuk album berjudul sama, Dynamite yang terjual sebanyak dua juta unit sepanjang tahun lalu.

Sesuatu yang sungguh luar biasa! Ternyata BTS satu nama yang cukup gah dan sukar ditandingi mana-mana kumpulan penyanyi lain meskipun keha­diran bakat baharu dalam industri K-pop diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Diramal akan terus memacu karier sepanjang tahun ini, peminat mengharap­kan 2021 akan menjadi waktu terbaik BTS merealisasikan harapan i­aitu menjalin kolaborasi dengan artis ternama, Ariana Grande.

Permulaan 2021 Blackpink

Sama seperti BTS, kumpulan wanita popular Blackpink mengejar rapat kejayaan BTS dengan pelbagai pencapaian untuk lagu, video muzik, anugerah dan penjualan album.

Berada dalam liga tersendiri, tahun lalu Blackpink mendominasi dunia hiburan K-pop menerusi lagu-lagu hit seperti How You Like That, Lovesick Girls dan Ice Cream (duet bersama Selena Gomez).

Mempunyai seramai 50 juta pelanggan dalam YouTube menjadikan akaun kumpulan itu sebagai artis nombor dua paling ramai dilanggan selepas penyanyi Justin Bieber.

Menghampiri penutup tahun lalu, Blackpink sepatutnya menghadiahkan peminat dengan sebuah konsert maya berjudul The Show yang dijadualkan berlangsung pada 27 Disember lalu.

Bagaimanapun, perancangan ber­kenaan terpaksa ditunda ke tahun ini berikutan kebimbangan penularan pandemik Covid-19.

Blackpink membuka tirai tahun baharu 2021 dengan penganjuran konsert The Show yang akan berlangsung pada 31 Januari ini tepat pukul 2 petang waktu Korea Selatan menerusi YouTube rasmi mereka.

BLACKPINK

Selain itu, penantian peminat Blackpink untuk melihat kemunculan solo terbaharu anggota kumpulan itu akhirnya bakal terjawab pada tahun ini.

Desas-desus mengatakan bahawa Rose akan melakukan debut solo dan memulakan penggambaran video muzik bermula pertengahan bulan ini juga semakin hangat diperkatakan.

Perancangan karier yang tersusun dan pengurusan strategik BTS dan Blackpink sebenarnya sekali gus membuatkan peminat meramalkan kehangatan muzik mereka terus mendominasi dunia hiburan K-pop sepanjang tahun ini.

Sebenarnya, selain Blackpink dan BTS yang dijangka terus konsisten, peminat turut mengharapkan 2021 sebagai tahun untuk melihat kemunculan semula beberapa nama besar generasi artis K-pop terdahulu seperti Big Bang dan 2NE1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI