fbpx
Antara wanita warga asing yang ditahan polis ketika serbuan Ops Noda di Sentul, Kuala Lumpur semalam.

20 ditahan terlibat aktiviti pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis menahan 20 individu termasuk 15 orang wanita warga asing yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan Ops Noda di Sentul, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan itu dibuat pada pukul 2.03 pagi di beberapa buah premis yang disyaki menjadi sarang pelacuran.

“Seramai 20 orang telah ditangkap termasuk 15 wanita warga asing berusia antara 20 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran.

“Polis turut menahan empat orang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai penjaga premis dan penganjur aktiviti tidak bermoral itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut Eng Lai berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati premis tersebut berselindung di sebalik perniagaan Pusat Refleksologi.

“Hasil tangkapan yang dilakukan pihak polis telah berjaya merampas wang tunai berjumlah lebih kurang RM2,500, kondom pelbagai jenama dan minyak pelincir. Kesemua suspek kini telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kesemua kes ini disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN