fbpx

Lima bek tengah buruan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dayot Upamecano

MANCHESTER United menjadi salah satu pasukan sering menjadi tumpuan pada setiap jendela perpindahan sejak lebih lima musim lalu.

Kekalahan 1-6 kepada Tottenham Hotspur pada awal musim serta 23 jaringan yang menerjah gawang mereka setakat 15 aksi musim ini menyebabkan mereka terpaksa mengubah situasi berkenaan pada jendela perpindahan kali ini.

Benteng pertahanan rapuh menyebabkan ramai pihak percaya United perlu mendapatkan pemain bek terutama di bahagian tengah untuk mengimbangi kekuatan serangan mereka.

Berikut beberapa pemain pertahanan yang mungkin dipancing United pada jendela perpindahan musim sejuk yang mula dibuka Sabtu ini.

 

DAYOT UPAMECANO (RB LEIPZIG)

Pemain berusia 21 tahun ini dinilai pada harga £54 juta (RM295.02 juta). United dikatakan perlu mendapatkan pemain pertahanan apabila mereka masih berdepan masalah pada bahagian tersebut.

KALIDOU KOULIBALY (NAPOLI)

Diangkat antara pemain pertahanan terbaik Serie A pemain ini hanya akan dilepaskan Napoli dengan harga £58.5 juta (RM319.61 juta). Namun, United perlu jelas tujuan mereka sama ada Koulibaly hadir untuk berpasangan bersama Harry Maguire ataupun untuk menggantikannya sebagai pemain pilihan utama selepas yang sering melakukan kesilapan.

PAU TORRES (VILLAREAL)

PEMAIN pertahanan ini sering dianggap sebagai pengganti kepada Gerard Pique di dalam skuad Sepanyol. Dia sering dianggap antara pemain pertahanan yang elegan dan memiliki kemampuan mengawal bola dengan baik dan tenang. Namun, setakat ini United dilihat tidak begitu serius atau menyembunyikan hajat mereka terlebih dahulu untuk tujuan tertentu.

RAPHAEL VARANE (REAL MADRID)

Jika Real Madrid secara tiba-tiba berubah fikiran untuk menjual tonggaknya ini, United perlu bersedia dengan dana yang cukup besar. Varane tidak dinilai pada harga di bawah £60 juta (RM327.80 juta). Kehadiran Varane di Old Trafford bolehlah dianggap sebagai penyelesai segala masalah di benteng United.

JAMES TARKOWSKI (BURNLEY)

United mampu untuk membawa pemain ini sejak beberapa musim lalu lagi sekiranya mereka mahukan. Tarkowski adalah pemain paling tidak glamor berbanding empat yang lain. Namun, jika kewangan menjadi masalah utama, pemain ini dianggap mampu menjadi pembelian paling berbaloi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI