fbpx

Bekas Pengerusi KUB meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi KUB Malaysia Berhad (KUB), Datuk Hassan Harun, 75, meninggal dunia pada pukul 5.15 pagi tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Anaknya menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan kematian Allahyarham hari ini.

“Assalamualaikum. Nak maklum ayahanda telah melepaskan nafas terakhir. Semoga Allah menempatkan arwah bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Bagi pihak arwah, kawe nak mintak maaf atas segala kehilafan, kesalahan baik dari segi perbuatan mahupun percakapan.

“Dan kalau ada sebarang hutang, mohon dihalalkan dan kalau tak boleh dihalalkan, tolong maklum kepada kawe, Insya-Allah kawe akan usaha untuk melangsaikannya,” katanya.

Allahyarham merupakan seorang veteran dalam dunia politik tempatan apabila pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, sebelum bertukar ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI