fbpx

1,870 kes baharu, enam kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,870 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 110,485 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 1,868 kes penularan tempatan.

“Selain itu, sebanyak 745 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 87,460 kes.

“Terdapat enam kes kematian Covid-19 di Sabah, Johor dan Selangor membabitkan lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 45 hingga 69 tahun menjadikan kes kematian terkini di Malaysia sebanyak 463 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 131 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI