fbpx

Program NEM Rakyat galak penggunaan tenaga solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makenisma perlaksanaan NEM

PETALING JAYA – Kerajaan akan memperkenalkan Program Net Energy Metering (NEM) Rakyat bagi menggalakkan lebih ramai pengguna domestik menikmati penjimatan bil elektrik melalui pemasangan solar fotovolta (PV).

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, setakat ini hanya lima peratus permohonan di bawah Program NEM 2.0 adalah pengguna elektrik kategori domestik.

Jelas beliau, Program NEM Rakyat mengekalkan konsep “1 to 1 offset” dengan kuota sebanyak 100MW (megawatt) atau sehingga kesemua kuota tersebut habis.

“Program ini memberi manfaat pengurangan bil elektrik kepada 10,000 – 25,000 pemilik akaun domestik TNB (Tenaga Nasional Berhad) atau kira-kira 40,000 – 100,000 isi rumah di Semenanjung Malaysia.

“Pengguna akan menikmati kadar ‘1 to 1 offset’ selama 10 tahun dan seterusnya mendapat penjimatan bil elektrik melalui konsep ‘self-consumption’ selepas tamat tempoh tersebut.

“Permohonan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) mulai 1 Februari 2021 hingga 31 Disember 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Shamsul Anuar berkata, Program NEM yang mula dilaksanakan pada tahun 2016 dengan kuota sebanyak 500MW telah habis dipohon pada 27 November 2020.

Kata beliau, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan memperkenalkan Program NEM 3.0 dengan tawaran kuota sebanyak 500MW bagi tempoh 2021 hingga 2023 bagi meneruskan inisiatif pemasangan solar PV di bumbung premis bangunan dan kediaman.

Jelas beliau, Program NEM 3.0 memperkenalkan inovasi baharu menggunakan konsep NEM
maya atau virtual NEM dengan membenarkan pemilik bangunan komersial dan industri berkongsi lebihan tenaga dengan bangunan mereka di lokasi berlainan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI