fbpx

Hamil anak kedua, Mawar Rashid obses pakai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Mawar Rashid mengakui obses dengan barangan kemas ketika hamil anak kedua.

PETALING JAYA – Pelakon Mawar Rashid yang bakal melahirkan cahaya mata perempuannya tidak lama lagi mengakui sedang obses untuk sentiasa memakai barang kemas walaupun hanya duduk di rumah.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, gara-gara mengidam barang kemas, dia sanggup mengejar waktu berkunjung ke kedai emas untuk membeli perhiasan tersebut untuk dirinya dan bayi yang bakal lahir nanti.

“Mengidam nak pakai emas daripada sebelum dapat tahu tentang kehamilan ini lagi. Walaupun hanya duduk dekat rumah, daripada kepala hingga ke kaki pakai barang kemas.

“Beberapa hari lagi sebelum bersalin, cepat-cepat lari ke kedai emas belikan emas untuk anak perempuan saya dan diri sendiri. Lebih kepada mommy (diri sendiri) sebenarnya,” kata pelakon drama Tundukkan Playboy Itu.

Selain obses untuk memakai perhiasan emas, Mawar turut berkongsi gemarkan hiasan bunga-bungaan dan wangian ketika hamil.

Menerusi Instagramnya, Mawar berkata, dia sekadar ingin bercerita tentang perkembangan semasa tentang dirinya.

Terdahulu, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Raf Yaakob pada November 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI