fbpx

UniKL optimis mampu pertahan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNIKL berdepan misi besar untuk mengekalkan kejuaraan ketiga MHL musim 2021 selepas meraihnya dua kali berturut-turut.

KETUA jurulatih Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Megat Azrafiq Termizi berdepan tugas sukar untuk memastikan skuad bimbingannya terus mendominasi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 yang akan berlangsung dari 14 Januari hingga 20 Februari tahun depan.

Bagaimanapun, Megat tetap optimis dan bertekad membalas kepercayaan pihak pengurusan bagi memastikan UniKL berjaya meraih kejuaraan ketiga MHL berturut-turut selepas memenanginya pada edisi 2019 dan 2020.

“Sudah tentu ada tekanan kerana bukan mudah untuk mengekalkan kejuaraan kalau nak dibandingkan dengan mengejar kejuaraan. Apa yang lebih penting ialah fokus untuk setiap perlawanan dan memastikan pemain sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Saya menjangkakan saingan liga musim depan agak mencabar kerana rata-rata pasukan nampak seimbang. Harap ada rezeki buat kami untuk mengekalkan kejuaraan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bekas pembantu jurulatih hoki dalam dewan negara itu diberikan tanggungjawab mengisi kekosongan ditinggalkan Arul Selvaraj yang kini memainkan peranan baharu sebagai ketua jurulatih skuad hoki senior lelaki kebangsaan.

Justeru, jangkaan terhadap Megat semestinya tinggi kerana Arul yang pernah membimbing UniKL selama sembilan musim, berjaya menghadiahkan gelaran trebel iaitu MHL, Piala TNB dan Piala Sumbangsih pada tugasan terakhirnya bersama pasukan itu musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI