fbpx

Taeyeon tepis gosip cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAEYEON

LAPORAN eksklusif daripada sebuah portal mendedahkan penyanyi Taeyeon dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan VIXX, Ravi.

Kedua-duanya dilihat menghabiskan masa bersama pada sambutan perayaan Krismas baru-baru ini seperti dilaporkan portal tersebut.

Kedua-dua penyanyi itu dikatakan mula berkenalan rapat sejak setahun lalu selepas dikenalkan oleh rakan terdekat mereka.

Selepas laporan berkenaan tular dalam internet dan menjadi perbincangan hangat peminat, Taeyeon menerusi agensinya SM Entertainment mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut.

SM Entertainment memaklumkan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan hubungan antara Taeyeon dengan Ravi tidak lebih daripada seorang senior dan junior.

“Mereka tidak lebih daripada seorang junior dan senior memandangkan kedua-duanya pernah bekerjasama untuk lagu Ravi. Jadi laporan tentang hubungan cinta mereka sama sekali tidak benar,” ujar agensi tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Ravi mahupun agensinya GROOVL1N berkenaan dakwaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI