fbpx

Neelofa tak lagi pakai cincin risik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA

PETALING JAYA – Selepas tampil dalam sebuah video menafikan dan menjelaskan segala tuduhan yang berlegar dalam media sosial tentang hubungannya dengan Haris Ismail, selebriti popular Neelofa menarik perhatian apabila dilihat tidak lagi memakai cincin risik yang selama ini tersarung di jari manis tangan kanannya.

Terdahulu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, sering memakai cincin yang merupakan tanda atau simbolik sudah disunting pendakwah bebas itu.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/12/28/cari-penyebar-whatsapp-dakwa-neelofa-nikah-kena-ubat-pengasih/

Bagaimanapun, penampilan Neelofa dalam video yang dimuat naik malam tadi tadi tanpa memakai cincin tersebut menguatkan spekulasi hubungannya dengan Haris sememangnya seperti retak menanti belah.

Dalam video tersebut, Neelofa hanya berkata, setiap hubungan ada cerita-cerita tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2020/12/27/neelofa-nafi-kahwin-senyap-senyap-di-kelantan/

“Keluarga kami kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya dan Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI